Perodua Ativa dilancarkan pada Mac 2021. Merupakan SUV Kompak dikuasakan dengan enjin turbo pertama Perodua.
Perodua Ativa ini di datangi dengan 3 varian iaitu X, H dan AV. Varian AV. Ketiga-tiga varian ini didatangai dengan enjin 1000cc turbo dan transmisi auto D-CVT.
Enjin Ativa ini menghasilkan 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm. Ini menyaksikan kelebihan 30 PS dan 50 Nm daripada unit enjin sama tanpa turbo. Namun, tork maksimumnya dicapai lebih awal, bahkan lebih awal daripada enjin 1.5L Myvi (136 Nm pada 4,200 rpm). Perodua maklumkan yang enjin 1.0L turbo ini mampu memberikan prestasi sama seperti 1.5L.
Klik Butang Di Bawah Untuk Brochure
PERODUA AXIA
Perodua Axia 2023 dilancarkan pada 14hb Februari 2023.
Menawarkan empat varian untuk model Axia baru kali ini iaitu G, X, SE dan AV.
Axia baru ini dibangunkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DGNA). Saiz lebih Panjang 115mm, lebih lebar 45mm dan lebih rendah 15mm daripada model yang lama.
Transmisi menggunakan D-CVT untuk Axia baru ini yang mampu memberi penjimatan minyak sehingga 27.4km/l.
Klik Butang Di Bawah Untuk Brochure
PERODUA ARUZ
Perodua Aruz 2021 dilancarkan pada May 2021 dengan tambahan pemijak sisi dan bersepadu dan auto lock untuk varian X dan AV.
Fungsi auto lock ini diakttifkan pada kelajuan 20km/j ke atas dan kunci pintu akan terbuka secara automatik apabila berlaku kemalangan.
Warna khas ditawarkan untuk varian AV iaitu warna Passion Red.
Klik Butang Di Bawah Untuk Brochure
PERODUA MYVI
Perodua Myvi 2022 telah dilancarkan pada November 2021. Model ini merupakan model genarasi ke 3 yang telah ditambah dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih dan kotak gear box yang berbeza daripada sebelum ini.
Enjin Perodua Myvi ini tiada perubahan, sama dengan versi yang terdahulu menggunakan enjin 1NR-VE untuk model 1.3L yang menjana kuasa sehingga 94hp. Manakala model 1.5L masih juga meggunnakan enjin 2NR-VE yang boleh menjana kuasa sehingga 102hp.
Kotak gear kini menggunakan jenis Dual Mode CVT (D-CVT). Jenis yang sama digunakan kepada Perodua Ativa
Klik Butang Di Bawah Untuk Brochure
PERODUA ALZA
Perodua Alza 2022 di lancarkan pada 20 Julai 2022 dengan teknologi dan wajah yang serba baharu.
Model Alza 2022 ini didatangkan dengan enjin 1.5cc dengan gearbox D-CVT dan telah mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunan petrol serendah 22km/l.
Alza 2022 ini kini dilengkapi dengan kamera pandangan 360-darjah, Electronic Parking Brake dengan Auto Brake Hold (model AV sahaja).
Ada tiga mode pemanduan yang disediakan bg model H dan AV iaitu Normal, Eco dan Power.
Sistem pemanduan Perodua Alza 2022 ini lengkap dengan pemanduan semi-autonomous Tahap 2 dengan penambahan ciri Lane Keep Control (LKC) dan Adaptive Cruise Control (ACC). Ciri ini dipertingkatkan dengan fungsi Stop, Holad/Follow.
Ruang barangan sebanyak 137 liter tetapi apabila kerusi belakang ketiga direbahkan ruang yang tersedia menjadi sebanyak 498 liter.
Klik Butang Di Bawah Untuk Brochure
PERODUA BEZZA
Perodua Bezza 2020 dilancarkan pada Januari 2020.
Perubahan bagi Perodua Bezza facelift 2020 ini adalah lampu depan LED untuk semua varian dan rekabentuk lebih nipis dan tajam berbanding model sebelum ini.
Varian AV dilengkapi dengan ASA 2.0, eco idle dan hill start asisst (HSA)
Klik Butang Di Bawah Untuk Brochure
Gambar Pelanggan
Sila Klik Butang Di Bawah Untuk Gambar Pelanggan-pelanggan